12.12.11

Mat Jenin

Dengar cerita orang dulu jadikan renungan pasal seorang mamat kononnya kerja asyik berangan.Baik duduk tengah makan atau petik buah kelapa.Tak habis-habis plan, cita-cita jadi kaya.Hasil petik kelapa dia nak beli banyak ayam, biar biak jadi ladang pastu takpayah jadi khadam.Boleh jadi tuan,cuma urus perniagaan.Perniagaan pun berkembang kaya sebagai balasan.Boleh kahwin puteri boleh dapat penghormatan,itulah destinasi dia punya kejayaan.Watak itu memang punya perancangan yang cemerlang.Tapi aneh kenapa dia dimatikan terang-terang.Mesti ada sebab untuk kita semua fikir,buka mata buka minda berfikiran kritis sikit.Mat Jenin mati dibunuh bukan sebab berangan,penjajah tak mahu tengok orang kita kehadapan.

Apa dosa Jenin dimati sedemikian,kita lihat angan-2 dia lihat masa depan.Dia ada impian imaginasi penuh visi,bermula dengan mimpi dia karang strategi.Perancangan dah jelas,cuma tinggal usaha.Jenin dikebumikan,tak nak kita ikut dia.Terkubur angan-2 konon buat tauladan,hidup la org kita,takut nak berwawasan dan terus ketinggalan,kabur penuh alasan pelan takda rancangan cuma hanya bualan.Lihat sudut positif dalam cerita jenin impian milik kita kalau kenal erti rajin,imaginasikan hala tuju biar nampak jalan,biar jelas biar nyata mana kiri mana kanan.Mesti ada sasaran baru kita boleh maju,kemana hendak pergi tu perlu kita tahu.Kalau takda matlamat, kalau takda wawasan itu aku bagi korang sendiri la bayangkan.


Kalau takda angan mana wujud perancangan
Hanya perancangan menjayakan kenyataan
Lihatlah yang berjaya dia orang semua punya mimpi
Mimpi bakar semangat azimat dalam diri

Renung balik hidup, cuba tanya balik diri
Kejayaan hari ni, mesti dulu pernah impi.